Pages

Ads 468x60px

Sunday, 1 September 2013

Negara perlu dasar fiskal baharu

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), rasionalisasi subsidi dan kajian semula Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) adalah antara beberapa langkah fiskal baharu yang boleh dilaksanakan kerajaan bagi memastikan pertumbuhan berterusan ekonomi negara.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Mohamad Hanadzlah berkata, kesesuaian langkah-langkah itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Polisi Fiskal minggu depan dalam usaha kerajaan melaksanakan pengurusan perbelanjaan lebih baik dan meningkatkan pendapatan negara.
"Mesyuarat jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan melihat segala pilihan yang ada bagi memastikan kedudukan ekonomi negara kekal kukuh," katanya dalam sesi taklimat media mengenai dasar fiskal baharu kerajaan di sini, hari ini.

Beliau berkata, dasar-dasar baharu perlu diperkenalkan kerana Malaysia kini sedang menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar akibat penurunan eksport disebabkan keadaan ekonomi dunia yang lemah.
"Selain itu, terdapat juga kebimbangan mengenai ketidakseimbangan pasaran hartanah, peningkatan jumlah hutang isi rumah, peningkatan hutang kerajaan dan defisit fiskal," katanya.

Walaupun demikian, katanya, kerajaan tetap komited untuk mencapai tiga garis panduan dalam dasar fiskal iaitu hutang negara tidak akan melebihi 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), perolehan sentiasa melebihi perbelanjaan operasi dan defisit fiskal 2013 tidak akan melebihi empat peratus dari KDNK.
Beliau berkata, untuk tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar peruntukan untuk subsidi, insentif dan bantuan sosial.

"Kerajaan juga sedang mengkaji langkah-langkah untuk menyusun semula dan perbelanjaan sasaran yang lebih baik, termasuk subsidi, bagi memastikan perbelanjaan mempunyai lebih nilai.
"Projek-projek yang mempunyai impak besar kepada kewangan awam juga akan dikaji dan disusun dengan betul, untuk mengelak bebanan berlebihan kepada belanjawan persekutuan," kata beliau.
Bagaimanapun, Husni berkata, kerajaan tetap komited untuk meneruskan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada kumpulan berpendapatan rendah.

Katanya, kerajaan juga akan memperkenalkan belanjawan berasaskan hasil (OBB) di Kementerian Kewangan, Kesihatan serta Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dalam usaha untuk meningkatkan lagi pengurusan berhemat perbelanjaan kerajaan.

Beliau berkata, ketiga-tiga kementerian utama itu akan menjadi sebahagian daripada program perintis bagi OBB.

Di samping itu, bidang-bidang lain yang boleh dipertimbang dalam pelaksanaan dasar fiskal baharu, termasuk mengubah pemberian subsidi secara menyeluruh kepada sistem yang lebih efisien iaitu terus kepada golongan sasaran.

GST boleh dilaksana 2015


KUALA LUMPUR 29 Ogos - Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dijangka paling awal boleh dilaksanakan ialah pada 2015.
Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah berkata, kerajaan berusaha untuk memasukkan cadangan pelaksanaan GST di dalam Bajet 2014, yang akan dibentangkan pada 25 Oktober ini.
Beliau berkata, jika benar pengumuman GST dilakukan, pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat dan mengambil tempoh selama 14 bulan.
Tempoh itu membolehkan penguatkuasaan cukai itu bermula sepenuhnya pada 2015, jelasnya lagi.
"Apa pun, kerajaan akan memperkenalkan kaedah lain untuk mengurangkan beban rakyat dan perniagaan kecil-kecilan.
"Antara kaedahnya ialah seperti pemberian rebat, cukai sifar ke atas produk keperluan asas seperti beras dan susu tepung kanak-kanak.
"Kami sudah mengenal pasti beberapa produk yang tidak akan dikenakan cukai," katanya semasa sesi soal jawab selepas pembentangan mengenai pencapaian Program Transformasi Ekonomi (ETP) sehingga separuh pertama tahun 2013, di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.
Jelas Mohd. Irwan Siregar lagi, GST tidak harus dianggap sebagai alternatif, sebaliknya merupakan satu keperluan kepada negara ini.
"Cukai ini akan meningkatkan serta mempelbagaikan pendapatan kerajaan berbanding kebergantungan terhadap minyak serta mengurangkan defisit kerajaan," katanya.
Ujarnya lagi, satu mesyuarat Jawatankuasa Polisi Fiskal yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin depan, bakal membincangkan penyusunan perbelanjaan negara, termasuklah melaksanakan program rasionalisasi subsidi.


Ringgit lanjut momentum meningkat banding dolar AS

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Ringgit melanjutkan momentum meningkat semalam dan mengakhiri dagangan pada paras lebih teguh berbanding dolar AS hari ini dengan bertambah baiknya sentimen pasaran, kata peniaga.
Ringgit disebut harga pada 3.2830/2865 bagi setiap dolar AS daripada paras penutupan 3.3120/3150 semalam.
Seorang peniaga berkata mata wang ekonomi-ekonomi sedang muncul termasuk ringgit pulih apabila ketegangan geopolitik yang semakin kendur di Syria serta data-data ekonomi AS yang semakin baik meredakan kebimbangan pelabur.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding semua mata wang utama lain.
Unit tempatan itu meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.5787/5813 daripada 2.5904/5931 semalam dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.3473/3512 daripada 3.3770/3799.
Berbanding pound sterling, mata wang tempatan itu mengukuh kepada 5.0854/0918 daripada 5.1399/1451 semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.3477/3533 daripada 4.3954/3990 sebelumnya. - BERNAMA

Wednesday, 1 August 2012

Kepentingan LIKE di Facebook Page

 Dahulu perniagaan di internet kelihatan agak sukar untuk dilakukan kerana anda perlu mengetahui bagaimana untuk membina website atau blog. Kemudian website dan blog ini haruslah mempunyai ranking yang baik untuk mendapat tempat di halaman pertama carian Google. 

Bagi mendapat tempat di carian Google anda perlu mengetahui selok-belok Search Engine Optimisation atau backlink. Banyak lagi perkara-perkara yang rumit yang harus diketahui untuk memantapkan perniagaan anda.

 Namun kini kemudahan rangkaian sosial seperti Facebook amat membantu para usahawan. Tambahan lagi Facebook mempunyai kemudahan Facebook Page, dengan wujudnya Facebook Page akan memudahkan lagi urusan pemasaran produk-produk anda.


Dapatkan servis untuk meningkatkan jumlah LIKE PAGE dibawah

Daftar Percuma --- >> Murahnya

Facebook Page direka khas untuk komuniti, artis, bisnes dan pelbagai perkara yang amat berguna selain dari bersosial. Namun kini apa yang ingin ditekankan di sini adalah untuk perniagaan. Walaupun untuk membina Facebook Page ini mudah, namun agak sukar untuk memasarkan Page anda demi mengumpul peminat atau angka LIKE page.

 Mengapa perlukan LIKE yang banyak di Facebook Page anda ? Ini kerana conversion rate (CR) atau kadar pertukaran. Jika anda mempuyai 30 FAN ( mereka yang like page anda), tidak kesemua 30 itu dapat melihat topik yang anda kongsi di Wall Facebook mereka dan mungkin hanya 2 atau 3 orang sahaja dapat melihatnya. Kemudian adakah mereka akan membeli produk anda ?

 Hal ini membuatkan memasarkan produk di Facebook di Facebook Page menjadi agak sukar. Maka anda memerlukan LIKE di Page yang amat ramai. Seandainya dengan 10 000 like kadar pertukaran akan berubah menjadi lebih tinggi kepada 1000 orang. Terdapat pelbagai cara untuk memasarkan Page anda sama ada secara manual ataupun automatik.

Percuma Bina Page anda sekarang !! 


Dapatkan servis untuk meningkatkan jumlah LIKE PAGE dibawah

Daftar Percuma --- >> Murahnya