Pages

Ads 468x60px

Tuesday 3 September 2013

Menyimpan atau Melabur Untuk Masa Hadapan ?

Apakah yang menjadikan sesuatu itu bernilai ? Persoalan itu mungkin sesekali terlintas dalam pemikiran anda. Dalam entri kali ini akan membincangkan tentang nilai wang dan apa yang harus kita lakukan demi pelaburan masa hadapan.

Apabila masa silih berganti, sedarkah kita bahawa nilai wang itu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Dahulu dengan hanya 30 sen sahaja sudah memadai untuk menikmati sebungkus nasi lemak. Namun kini RM 1 ke atas adalah nilai yang di letakkan untuk nasi lemak.

Nilai wang akan turun dari masa ke semasa


Hanya dengan sebungkus nasi lemak sahaja saya dapat membuktikan bahawa nilai sesuatu wang itu telah jatuh.

Jadi sudahkan anda bersedia menerima kejatuhan nilai wang untuk 10 atau 20 tahun akan datang. Apakah persediaan anda ? Mungkin ada antara anda yang berfikir untuk MENYIMPAN, supaya duit tersebut mampu menampung perbelanjaan anda di hari tua.

Maaf cara itu salah ! 

"Mengapa perlu menyimpan sesuatu yang akan jatuh nilainya ?"

Oleh itu, entri kali ini cuba membantu serba sedikit bagaimana pelaburan anda hari ini dapat menjamin masa hadapan.


Kenaikan Harga Emas

 Nilai wang akan jatuh hari demi hari, sebaliknya nilai emas sentiasa akan meningkat seiring dengan peredaran masa. Inilah peluang yang harus di ambil oleh anda.

Sebagai contoh anda boleh membeli emas yang bernilai RM 1000 pada hari ini. Kemudian emas itu anda jual pada 5-10 tahun akan datang dan pastinya harga emas itu akan berlipat-kali ganda. Semakin tinggi harga emas yang anda laburkan pada hari ini semakin tinggi keuntungan yang anda akan dapat.
Nilai emas akan naik dari masa ke semasa

 Maka tidak mustahil ramai yang menjadi jutawan hanya dengan pelaburan emas. Banyak sumber yang boleh anda jadikan panduan dalam pelaburan. Sebagai contoh e-book Rahsia Pelabur Emas dan Akaun Emas boleh anda jadikan panduan.

Rahsia Pelabur Emas dan Akaun Emas menyebabkan anda mengalami sedikit kos namun pulangan yang anda terima pastinya berlipat kali ganda lagi. Maka pelaburan ke atas ilmu juga salah satu yang amat berguna.


Keperluan Tempat Tinggal

 Jumlah kelahiran di Malaysia akan sentiasa meningkat, manakala jumlah kematian semakin berkurangan. Hal ini kerana, Malaysia merupakan negara yang makmur dan mempunyai kemudahan perubatan yang tinggi.

  Rentetan dengan jumlah kelahiran yang tinggi, maka makin bertambahlah penduduk negara Malaysia. Tahukah anda keperluan setiap manusia itu adalah tempat tinggal selain daripada makanan. Maka dari kesempatan inilah yang harus anda ambil.

 Sekiranya anda mampu untuk membeli beberapa buah rumah, amat di galakkan untuk membelinya. Walaupun anda tidak mempunyai isteri yang ramai untuk tinggal di kesemua rumah-rumah tersebut, hakikatnya rumah-rumah itulah pelaburan anda.


Rumah adalah keperluan asas manusia


 Bagaimana anda mendapat manfaat daripada rumah-rumah tersebut? Caranya adalah dengan menyewa rumah-rumah anda kepada mereka yang memerlukan. Dengan ini anda dapat meringankan beban mereka yang kurang mampu membeli, malah dapat juga  menambah pendapatan pasif anda.

 Terdapat pelbagai cara untuk menjamin masa depan anda namun menyimpan adalah cara yang kurang berkesan untuk keselesaan masa hadapan. Jika anda tidak berani mengambil risiko, kebarangkalian kejayaan untuk anda adalah tipis. E-book ini Rahsia Rumah boleh di jadikan panduan

Ingat pelaburan kepada ilmu juga penting, maka tak salah kalau laburkan sedikit wang untu e-book seperti  Rahsia Rumah .


**Teruskan bersama kami untuk lebih banyak info.

Jumlah Jam Jutawan Bekerja !

Mungkin ramai ingin tahu, berapakah jam sehari seorang ahli perniagaan yang bergelar jutawan bekerja dalam sehari. Berbanding orang yang bekerja makan gaji akan bekerja selama 8 jam sehari ataupun waktu kerja 9 pagi hingga 5 petang. Sewaktu saya berkhidmat di perkhidmatan awam dulu saya bekerja dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang. (Pada ketika itu saya ambil waktu kerja WP 1 iaitu waktu kerja dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang, mudah untuk balik awal). Jadi adakah sama masa bekerja anda dengan para jutawan?
Kajian yang dibuat melalui buku The Millionaires Next Door mendedahkan bahawa waktu mereka focus pada kerja-kerja penting dan produktif adalah sekitar 60 hingga 70 jam seminggu. Kebanyakan mereka yang telah mencapai jutawan menumpukan masa bekerja secara produktif yang lebih lama iaitu melebihi 80 jam seminggu. Secara puratanya mereka bekerja selama 12 jam satu hari.(waahh.. 4 jam lebih lama dari orang makan gaji biasa) mungkin inilah faktornya mereka boleh mencapai kebebasan kewangan. Jadi amat sukar untuk mencapai kebebasan kewangan jika kita hanya menumpu hanya 8 jam kerja sehari.
Saya pernah baca buku Rahsia Bisnes Orang Jepun karya Ahn Wang Seng yang mendedahkan bahawa budaya kerja orang Jepun sangat yang sangat workaholic. Mereka bekerja 12-14 jam sehari. Orang-orang Jepun keluar bekerja seawal pagi sebelum matahari terbit dan akan hanya balik pada lewat malam. Adalah perkara memalukan si isteri jika suami mereka pulang awal ke rumah (berbeza dengan budaya kita, jika pulang lewat akan dianggap berfoya-foya).
Apa kata saya cuba rangkakan jika kita bekerja selama 80 jam seminggu dan katakanlah hari Ahad ialah cuti rehat. 80 jam/6 hari = bersamaan 13.333 jam sehari. Jadi kita bundarkan masa kepada 13 jam 30 minit sehari untuk waktu kerja.
MasaPerkaraJam
5.00 pagi – 6.00 pagiBangun/ Mandi
6.00 pagi – 7.00 pagiSolat subuh / Sarapan Pagi
7.00 pagi – 8.00 pagiWaktu Produktif Kerja1 jam
8.00 pagi – 9.00 pagiWaktu Produktif Kerja1 jam
9.00 pagi - 10.00 pagiWaktu Produktif Kerja1 jam
10.00 pagi – 11.00 pagiWaktu Produktif Kerja1 jam
11.00 pagi – 12.00 tghWaktu Produktif Kerja1 jam
12.00 tgh – 1.00 tghWaktu Produktif Kerja1 jam
1.00 tgh – 2.00 ptgRehat/ Solat Zohor /makan
2.00 ptg – 3.00 ptgWaktu Produktif Kerja1 jam
3.00 ptg – 4.00 ptgWaktuProduktif Kerja1 jam
4.00 ptg – 5.00 ptgWaktu Produktif Kerja / Solat Asar30 minit
5.00 ptg – 6.00 ptgWaktu Produktif Kerja1 jam
6.00 ptg – 7.00 ptgWaktu Produktif Kerja1 jam
7.00 ptg – 8.00 mlmRehat / Solat Maghrib/ Makan malam
8.00 mlm – 9.00 mlmWaktu Produktif Kerja / Solat Isyak1 jam
9.00 mlm – 10.00 mlmWaktu Produktif Kerja1 jam
10.00 mlm – 11.00 mlmWaktu Produktif Kerja1 jam
11.00 mlm – 12.00 mlmRehat / Tidur
Jumlah Waktu Kerja13 jam 30 minit
Jadi inilah anggaran jadual waktu kerja produktif bagi seorang yang berstatus jutawan atau bakal jutawan khususnya Muslim setelah ditolak waktu makan dan solat jika kita bekerja selama 13 jam 30 minit sehari.
Oppss lupa nak bagitahu. Waktu kerja produktif ini tak semestinya hanya kerja semata-mata, tetapi meliputi juga masa kita untuk menambah ilmu pengetahuan dalam ilmu perniagaan seperti mebaca buku, menghadiri kelas/seminar/worksyop, waktu untuk berjumpa prospek/pelanggan dan sebagainya. Waktu kerja produktif di atas bukanlah wajib diikuti 100% tetapi fleksibel bergantung kepada keperluan kerja/perniagaan anda.
Sekian sahaja tips perniagaan pada hari ini.
1) Individu berstatus jutawan memfokuskan 80 jam seminggu untuk kerja-kerja penting dan produktif.
2) Masa kerja produktif tidak semestinya hanya tumpu kepada bekerja sahaja tetapi boleh diisi dengan menghadiri seminar/worksyop, membaca buku, mesyuarat dan lain-lain.

Sunday 1 September 2013

Pasaraya Untuk Golongan Berpendapatan Rendah

PULAU PINANG 25 Ogos - Mydin Mohamed Holdings kini dalam perancangan untuk melancarkan dua jenama pasar raya baharu khas bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana.
Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, pihaknya telah mengenal pasti lokasi di Lembah Klang untuk dibina pasar raya terbabit.

Beliau berkata, pembukaannya kelak akan dapat membantu meringankan beban golongan sasar untuk mendapatkan barangan keperluan asas mereka pada harga berpatutan.
"Bagaimanapun saya tidak dapat maklumkan lagi lokasi sebenar malahan kita juga masih belum mempunyai nama untuk diberi kepada kedua-dua pasar raya yang bakal dilancarkan itu," katanya di sini baru-baru ini.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima Anugerah Tokoh Perniagaan Tahunan sempena Persidangan Akademi Pengurusan Asia Ke-10, anjuran Pusat Pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia (USM).

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar USM, Profesor Dr. Adnan Hussein.

Menurut Ameer Ali, bagi merealisasikan pelan perniagaan terbaharu itu, syarikatnya dijangka akan membelanjakan di antara RM6 hingga RM8 juta bagi tujuan tersebut.

"Perancangan untuk membina dua pasar raya baharu juga adalah sebahagian daripada program pengukuhan syarikat dalam industri peruncitan tempatan. Ini menunjukkan Mydin sentiasa berubah selaras dengan keadaan semasa dan memahami keperluan pelanggan," katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, bagi tahun kewangan berakhir Mac 2013, syarikat gergasi dalam bidang peruncitan tempatan itu telah mencapai jualan sebanyak RM2.5 bilion.

IRIS bangun kampung pintar di Afrika Selatan

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Presiden Afrika Selatan, Jacob Gedleyihlekisa Zuma memberikan kelulusan kepada IRIS Corp. Bhd. untuk membangunkan projek perintis 'kampung pintar' inovatif dan berteknologi tinggi di Afrika Selatan.

Sebagai sebahagian daripada kunjungan rasminya ke Malaysia, Zuma hari ini melawat ibu pejabat IRIS Corp. dan diberi taklimat mengenai projek kampung pintar Rimbunan Kaseh di Tanjung Besar, Pahang, yang dimajukan oleh syarikat itu.

Pengarah Urusan IRIS Corp, Datuk Tan Say Jim berkata, Zuma berminat dengan sistem pertanian projek itu serta pembangunan perumahannya, yang menggunakan gabungan styrofoam dan simen sebagai asasnya, yang dapat mengurangkan kos pembangunan tanpa berkompromi dengan kualitinya.

"Ini bukan hanya sekadar pembangunan perumahan kerana ia juga menggabungkan pendidikan berteknologi tinggi, latihan dan kemudahan rekreasi, serta sistem pertanian kreatif untuk menyediakan makanan dan juga pendapatan tambahan bagi penduduk kampung," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kampung pintar bernilai RM37 juta itu yang dilancarkan oleh Najib pada 23 Mac terdiri daripada 100 rumah mampu milik di kawasan 300 meter persegi setiap tanah bagi setiap rumah. - BERNAMA

Negara perlu dasar fiskal baharu

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), rasionalisasi subsidi dan kajian semula Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) adalah antara beberapa langkah fiskal baharu yang boleh dilaksanakan kerajaan bagi memastikan pertumbuhan berterusan ekonomi negara.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Mohamad Hanadzlah berkata, kesesuaian langkah-langkah itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Polisi Fiskal minggu depan dalam usaha kerajaan melaksanakan pengurusan perbelanjaan lebih baik dan meningkatkan pendapatan negara.
"Mesyuarat jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan melihat segala pilihan yang ada bagi memastikan kedudukan ekonomi negara kekal kukuh," katanya dalam sesi taklimat media mengenai dasar fiskal baharu kerajaan di sini, hari ini.

Beliau berkata, dasar-dasar baharu perlu diperkenalkan kerana Malaysia kini sedang menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar akibat penurunan eksport disebabkan keadaan ekonomi dunia yang lemah.
"Selain itu, terdapat juga kebimbangan mengenai ketidakseimbangan pasaran hartanah, peningkatan jumlah hutang isi rumah, peningkatan hutang kerajaan dan defisit fiskal," katanya.

Walaupun demikian, katanya, kerajaan tetap komited untuk mencapai tiga garis panduan dalam dasar fiskal iaitu hutang negara tidak akan melebihi 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), perolehan sentiasa melebihi perbelanjaan operasi dan defisit fiskal 2013 tidak akan melebihi empat peratus dari KDNK.
Beliau berkata, untuk tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar peruntukan untuk subsidi, insentif dan bantuan sosial.

"Kerajaan juga sedang mengkaji langkah-langkah untuk menyusun semula dan perbelanjaan sasaran yang lebih baik, termasuk subsidi, bagi memastikan perbelanjaan mempunyai lebih nilai.
"Projek-projek yang mempunyai impak besar kepada kewangan awam juga akan dikaji dan disusun dengan betul, untuk mengelak bebanan berlebihan kepada belanjawan persekutuan," kata beliau.
Bagaimanapun, Husni berkata, kerajaan tetap komited untuk meneruskan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada kumpulan berpendapatan rendah.

Katanya, kerajaan juga akan memperkenalkan belanjawan berasaskan hasil (OBB) di Kementerian Kewangan, Kesihatan serta Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dalam usaha untuk meningkatkan lagi pengurusan berhemat perbelanjaan kerajaan.

Beliau berkata, ketiga-tiga kementerian utama itu akan menjadi sebahagian daripada program perintis bagi OBB.

Di samping itu, bidang-bidang lain yang boleh dipertimbang dalam pelaksanaan dasar fiskal baharu, termasuk mengubah pemberian subsidi secara menyeluruh kepada sistem yang lebih efisien iaitu terus kepada golongan sasaran.

GST boleh dilaksana 2015


KUALA LUMPUR 29 Ogos - Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dijangka paling awal boleh dilaksanakan ialah pada 2015.
Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah berkata, kerajaan berusaha untuk memasukkan cadangan pelaksanaan GST di dalam Bajet 2014, yang akan dibentangkan pada 25 Oktober ini.
Beliau berkata, jika benar pengumuman GST dilakukan, pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat dan mengambil tempoh selama 14 bulan.
Tempoh itu membolehkan penguatkuasaan cukai itu bermula sepenuhnya pada 2015, jelasnya lagi.
"Apa pun, kerajaan akan memperkenalkan kaedah lain untuk mengurangkan beban rakyat dan perniagaan kecil-kecilan.
"Antara kaedahnya ialah seperti pemberian rebat, cukai sifar ke atas produk keperluan asas seperti beras dan susu tepung kanak-kanak.
"Kami sudah mengenal pasti beberapa produk yang tidak akan dikenakan cukai," katanya semasa sesi soal jawab selepas pembentangan mengenai pencapaian Program Transformasi Ekonomi (ETP) sehingga separuh pertama tahun 2013, di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.
Jelas Mohd. Irwan Siregar lagi, GST tidak harus dianggap sebagai alternatif, sebaliknya merupakan satu keperluan kepada negara ini.
"Cukai ini akan meningkatkan serta mempelbagaikan pendapatan kerajaan berbanding kebergantungan terhadap minyak serta mengurangkan defisit kerajaan," katanya.
Ujarnya lagi, satu mesyuarat Jawatankuasa Polisi Fiskal yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin depan, bakal membincangkan penyusunan perbelanjaan negara, termasuklah melaksanakan program rasionalisasi subsidi.


Ringgit lanjut momentum meningkat banding dolar AS

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Ringgit melanjutkan momentum meningkat semalam dan mengakhiri dagangan pada paras lebih teguh berbanding dolar AS hari ini dengan bertambah baiknya sentimen pasaran, kata peniaga.
Ringgit disebut harga pada 3.2830/2865 bagi setiap dolar AS daripada paras penutupan 3.3120/3150 semalam.
Seorang peniaga berkata mata wang ekonomi-ekonomi sedang muncul termasuk ringgit pulih apabila ketegangan geopolitik yang semakin kendur di Syria serta data-data ekonomi AS yang semakin baik meredakan kebimbangan pelabur.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding semua mata wang utama lain.
Unit tempatan itu meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.5787/5813 daripada 2.5904/5931 semalam dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.3473/3512 daripada 3.3770/3799.
Berbanding pound sterling, mata wang tempatan itu mengukuh kepada 5.0854/0918 daripada 5.1399/1451 semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.3477/3533 daripada 4.3954/3990 sebelumnya. - BERNAMA