Pages

Ads 468x60px

Sunday 1 September 2013

Pasaraya Untuk Golongan Berpendapatan Rendah

PULAU PINANG 25 Ogos - Mydin Mohamed Holdings kini dalam perancangan untuk melancarkan dua jenama pasar raya baharu khas bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana.
Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, pihaknya telah mengenal pasti lokasi di Lembah Klang untuk dibina pasar raya terbabit.

Beliau berkata, pembukaannya kelak akan dapat membantu meringankan beban golongan sasar untuk mendapatkan barangan keperluan asas mereka pada harga berpatutan.
"Bagaimanapun saya tidak dapat maklumkan lagi lokasi sebenar malahan kita juga masih belum mempunyai nama untuk diberi kepada kedua-dua pasar raya yang bakal dilancarkan itu," katanya di sini baru-baru ini.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima Anugerah Tokoh Perniagaan Tahunan sempena Persidangan Akademi Pengurusan Asia Ke-10, anjuran Pusat Pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia (USM).

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar USM, Profesor Dr. Adnan Hussein.

Menurut Ameer Ali, bagi merealisasikan pelan perniagaan terbaharu itu, syarikatnya dijangka akan membelanjakan di antara RM6 hingga RM8 juta bagi tujuan tersebut.

"Perancangan untuk membina dua pasar raya baharu juga adalah sebahagian daripada program pengukuhan syarikat dalam industri peruncitan tempatan. Ini menunjukkan Mydin sentiasa berubah selaras dengan keadaan semasa dan memahami keperluan pelanggan," katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, bagi tahun kewangan berakhir Mac 2013, syarikat gergasi dalam bidang peruncitan tempatan itu telah mencapai jualan sebanyak RM2.5 bilion.

No comments:

Post a Comment