Pages

Ads 468x60px

Sunday, 1 September 2013

IRIS bangun kampung pintar di Afrika Selatan

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Presiden Afrika Selatan, Jacob Gedleyihlekisa Zuma memberikan kelulusan kepada IRIS Corp. Bhd. untuk membangunkan projek perintis 'kampung pintar' inovatif dan berteknologi tinggi di Afrika Selatan.

Sebagai sebahagian daripada kunjungan rasminya ke Malaysia, Zuma hari ini melawat ibu pejabat IRIS Corp. dan diberi taklimat mengenai projek kampung pintar Rimbunan Kaseh di Tanjung Besar, Pahang, yang dimajukan oleh syarikat itu.

Pengarah Urusan IRIS Corp, Datuk Tan Say Jim berkata, Zuma berminat dengan sistem pertanian projek itu serta pembangunan perumahannya, yang menggunakan gabungan styrofoam dan simen sebagai asasnya, yang dapat mengurangkan kos pembangunan tanpa berkompromi dengan kualitinya.

"Ini bukan hanya sekadar pembangunan perumahan kerana ia juga menggabungkan pendidikan berteknologi tinggi, latihan dan kemudahan rekreasi, serta sistem pertanian kreatif untuk menyediakan makanan dan juga pendapatan tambahan bagi penduduk kampung," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kampung pintar bernilai RM37 juta itu yang dilancarkan oleh Najib pada 23 Mac terdiri daripada 100 rumah mampu milik di kawasan 300 meter persegi setiap tanah bagi setiap rumah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment